PEMADAM,ANALOGI U-TURN SEBUAH KEHIDUPAN....

Seorang pelajar tadika berhati-hati menulis. Jika tulisan tidak seperti yang diharapkan ,dicapainya pemadam. Padam dan kemudian menulis lagi. Tulisan yang dipadam beberapa kali jelas meninggalkan kesan comot pada kertas.
Sudahlah begitu,bekas contengan masih lagi kelihatan akibat pensel yang ditekan kuat. Jika tersilap,kertas juga boleh terkoyak akibat kerap dipadam.
Akhirnya dia serik!

Menoleh Susur Galur
Asal usulku daripada pokok getah. Selesai ditoreh,susu getah akan mengalir perlahan ke dalam bekas yang diikat pada pokok. Lelehan susu getah yang keluar akan mengeras dan dipanggil getah sekerap.  

Ketika itu,bau getah yang menusuk ke hidung manusia adalah suatu gangguan bagi mereka. Walaupun biasa bagi penoreh getah,tetapi tidak selesa bagi kebanyakan orang.                                      
Dengan getah,aku membina kehidupan sesuai dengan perananku nanti. Mengenal asal usul penciptaanku mampu membuatkan aku sedar akan hakikat perhambaan. Begitu juga walaupun hebatnya seorang manusia , ternyata asal mereka daripada air mani yang hina.                                                      
Dengan anugerah akal,barulah manusia belajar sedikit demi sedikit mengenal kehidupan. Jadi,apa sahaja yang boleh dibanggakan?                                                
Dengan jiwa hamba,pandangan orang lain sama ada berbentuk kritikan ataupun pujian tidak sekali-kali membuatkan aku jatuh atau berasa terlalu selesa. Berada di atas tidak membuatkan aku lupa kerana ketinggian cenderung menyebabkan kesakitan yang lebih sekiranya jatuh nanti.                                                              
Ya,kehidupan seperti roda. Jika sekarang berada di atas ,tidak mustahil akan datang aku boleh jatuh terperosok ke bawah. Diguna apabila perlu satu hari nanti menjadi sisa-sisa pemadam yang menunggu masa untuk dibuang.    
U-turn Mencari Destinasi.                           Sinonim dengan kesalahan,apabila berlaku kesilapan dalam penulisan dan lukisan ,aku akan dicari. Timbul satu persoalan,antara pemadam dengan pensel,yang mana lebih penting? Jawabnya gagasan pemikiran orang yang melukis dan menulis!                        
Kelancaran dalam menulis bukan hanya bergantung pada pensel yang diguna,tetapi lebih utama pada mereka yang menulis. Faktor seperti latihan yang berterusan dan persediaan awal antara yang diambil kira.                          
Apabila kerap menulis dan melukis,kesilapan boleh diminimumkan. Tetapi hampir mustahil untuk dihapuskan. Sebab itu pensel dicipta bersamaku.

Kesalahan adalah perkara biasa bagi manusia. Jika melalui jalan yang lurus dan mudah tidak semestinya jalan tersebut betul. Ada masanya mereka perlu U turn,mencari jalan lain untuk sampai ke destinasi yang sebenar.          
Seperti fungsiku,apabila berjumpa kesalahan aku hadir untuk kembali membetulkannya. Tetapi sedikit berbeza dengan manusia . Betapa beruntungnya mereka,kesalahan yang dilakukan selalunya ditutup oleh Allah daripada pandangan manusia lain.        
Selagi mereka tidak bercerita, selagi itu aib mereka dijaga. Berbanding kesan tulisan,walaupun aku sudah diguna,kesannya masih lagi kelihatan.  

Memang manusia dicipta tidak sempurna ,mudah berbuat salah. Tetapi sebaik-baim mereka adalah yang bertaubat atas kesalahan yang dibuat. Seperti pelajar tadika yang sudah serik menulis di atas kertas yang buruk dan hampir terkoyak.                                        

Sudah sampai masa manusia secara fitrahnya kembali kepada Allah. Sebagai insan baru yang memulakan tulisan kehidupan di atas kertas perjalanan hidup yang baru. Ketika itu,belajarlah untuk berhati-hati menulis!

Read Users' Comments (0)

Kek Coklat Moist Sedap

Perkongsian bermakna pada hari ini......
Resepi yang direka sendiri .....
kononnya nak jadi chef...
seorang cikgu yang berimpian menjadi seorang chef....:)





KEK COKLAT MOIST SEDAP


Bahan A
2 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko(seelok-eloknya serbuk koko vanhouten)
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir


Bahan B
3 biji telur
1 dan1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla


Bahan untuk toping
Coklat masakan(bergantung atas masing-masing nak ambil banyak mana coklat tu.)
1/2 cawan susu cair



Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api dikecilkan dan kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan bahan-bahan tersebut hangit.Setelah bahan-bahan tersebut sebati,sejukkan.
2.Ayakkan  tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder sekaligus.
3.Pukul 3 biji telur sekaligus sampai betul-betul kembang(lebih kurang 5 minit dan ke atas) dan seterusnya masukkan Bahan A.Pukul sehingga sebati.
4.Masukkan esen vanilla.
5.Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit.Kacau sehingga sebati selama 5 minit dan ke atas.
6.Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup adunan tersebut dengan kertas aluminium foil.Kalau nak pakai beg plastik pun boleh asalkan wap air tak boleh masuk ke dalam adunan.
7.Kukus adunan tersebut dalam masa 45 minit.
8.Untuk toping,masakkan coklat tersebut bersama susu cair. Kacau sehingga cair.


dah siap sudah!
kalau nak cantik letak la coklat rice k..nmpk menarik skit...





Korang boleh la nak cuba resepi ni,,insha allah menjadi..


                                            SELAMAT MENCUBA!!        :)






                                                                                     

Read Users' Comments (0)